Tuesday, February 11, 2014

Kertas Kerja Persediaan Ke Sekolah Menengah


KERTAS KERJA

PROGRAM PERSEDIAAN MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAH DAN MAJLIS PERPISAHAN
2013



SK ST MARTIN MERDANG, SAMARAHAN

TARIKH

07.11.2013
Masa : 1400 hingga 1700 petang

TEMPAT
Perkarangan Sekolah

1.0            Pengenalan

Program persediaan muird ke sekolah menengah adalah satu program awal yang membantu memberi pendedahan kepada murid untuk melangkah ke sekolah menengah. Disamping itu, pendedahan awal ini sangat penting bagai membantu murid menghadapi kejutan budaya di sekolah menengah. Dengan bantuan Guru bimbingan Sekolah menengah serta wakil dari sekolah menengah SMK Muara Tuang, diharapkan agar murid tahun 6 yang bekal memasuki sekolah menengah mendapat input yang sewajarnya.

2.0            Objektif

2.1            Memberi pendedahan awal kepada murid tahun 6 berkaitan dengan budaya sekolah menengah.
2.2            Membantu murid memilih sekolah yang sesuai.
2.3            Meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan matapelajaran yang ada di sekolah menengah.
2.4            Mengurangkan masalah disiplin jika memasuki sekolah menengah.
2.5            Meraikan perpisahan murid Tahun 6.

3.0            Tarikh dilaksanakan
3.1            07 November 2013
4.0            AJK Pelaksana
4.1            Rujuk Lampiran A
5.0            Tempat
5.1            Perkarangan Kantin Sekolah SK Jalan Muara Tuang
6.0            Sasaran
6.1            78 orang murid tahun 6.
6.2            1 Orang penceramah jemputan, 3 orang bekas murid yang berada di sekolah menengah.
7.0            Aktiviti
7.1            Rujuk Lampiran B

8.0            Anggaran Perbelanjaan
No
Perkara
Anggaran
Jumlah
01
Makan dan minum murid
Program Persediaan ke Sekolah Menengah seramai  80 orang pada 06/11/2013
78 orang murid x RM 8.30
RM 647.40

Jumlah Keseluruhan
RM 647.40
Sumber Kewangan
            1. PCG Bimbingan dan Kaunseling.

9.0            Penutup

Semoga Program ini membantu  murid tahun 6 dalam menghadapi peralihan sekolah dari sekolah rendah ke sekolah menengah.  

Disediakan oleh,

___________________
(JABIT BIN SOPINING)
Penyelaras,
Program Persediaan Ke Sekolah Menengah 2013
Sk. St Martin


Disemak oleh,

___________________
(SURAYA BINTI ABDULLAH )
PK Kurikulum
Sk. St Martin, Merdang
                                                                                   
Diluluskan oleh,

___________________
(RICKY AK GUNDAH)
Guru Besar
Sk. St. Martin, Merdang


Lampiran B
Jadual Aktiviti
Tarikh : 07 November 2013 Hari : Khamis
Masa
Perkara
Tindakan
Catatan
1330



Murid berkumpul di perkarangan kantin sekolah
Guru Kelas
Guru Bimbingan

1400-1530
Taklimat dari Guru Bimbingan SMK Muara Tuang
Penceramah Jemputan
Encik Banto Ak Sabang (Guru Bimbingan SMK Muara Tuang)
Tajuk : Persediaan ke Sekolah Menengah
1530-1630
Sesi Perkongsian dari Bekas murid tahun 6. Pelajar SMK Muara Tuang)
Pengacara Majlis dan Guru Bimbingan
Perkongsian
1630-1700
Majlis Perpisahan
Guru Kelas Murid Tahun 6/Semua AJK


  
JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM KEM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 6 /2013

PENASIHAT
EN RICKY ANAK GUNDAH
 

PENGERUSI
PUAN SURAYA BINTI ABDULLAH (PK KURIKULUM)

SETIAUSAHA
EN. RITCHIE EDMUND
 

BENDAHARI
PUAN CONNIE AK ACHEN
 

PENYELARAS
JABIT BIN SOPINING


AJK PROGRAM / PROTOKOL
Pn. Suraya Bt Abdullah

AJK JAMUAN & MAKANAN
Ustazah Zainon Binti Amin

PENGACARA MAJLIS
En. Connie Ak Achen

AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN
En. Lee Ak Giyang

AJK SIARAYA, BUKU PROGRAM / BACKDROP
Encik Ritchie Anak Edmund Damit

AJK PERSEDIAAN TEMPAT, PERALATAN DAN LOGISTIK
En. Dantes Anak Din
En. Lee Ak Giyang

AJK SIJIL, HADIAH DAN CENDERAHATI
EN. Jabit Bin Sopining









No comments :

Post a Comment