Tuesday, February 11, 2014

Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Pengawas 2014


KERTAS KERJA
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2014 
  


SK ST MARTIN MERDANG, SAMARAHAN

TARIKH

17 Januari 2014
Masa : 0715 hingga 1700

TEMPAT
Dewan Suarah Kota Samarahan


1.0            Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0            Objektif

2.1            Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:
2.1.1       Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2       Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3       Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4       Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5       meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6       Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7       Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
2.1.8       Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
3.0            Tarikh dilaksanakan
3.1            17 Januari  2014 (Jumaat)

4.0            AJK Pelaksana
4.1            Rujuk Lampiran A

5.0            Tempat
5.1            Dewan Suarah Kota Samarahan

6.0            Aktiviti
6.1            Rujuk Lampiran B

7.0            Anggaran Perbelanjaan
No
Perkara
Anggaran
Jumlah
1.
Makan
Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum Petang

RM 3.5 x 72
RM 5 x 72
RM 3.50 x 72

RM 252.00
RM 360.00
RM 252.00
2.
Saguhati Penceramah
RM 100
RM 100.00
3.
Sewa Dewan Suarah Kota Samarahan
RM 80
RM 80.00

Jumlah Keseluruhan

RM 1,044.00
Sumber Kewangan
1.     Persatuan Ibu Bapa dan Guru. 
8.0            Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru. Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.


Disediakan oleh,

___________________
(JABIT BIN SOPINING)
Setiausaha
Program Kepimpinan 2014
Sk. St Martin
                                                                            


Disemak oleh,

___________________
(Connie Ak Achen)
Penyelaras,
Program Kepimpinan 2014
Sk. St Martin 

Diluluskan oleh,

___________________
(RICKY AK GUNDAH)
Guru Besar
Sk. St. Martin, Merdang

 
Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat                               : En Ricky Anak Gundah (Guru Besar)
Pengerusi                               : En. Sapri Bin Ali (PK HEM)
Naib Pengerusi                       : 1. Pn. Suraya Binti Abdulah (PK 1)
              2. Puan Katina Ak Manchal (PK KK)
Penyelaras                              : Pn. Connie Ak Achen / En. Rahsdi Bin Sapaee
Setiausaha                               : En. Jabit Bin Sopining        
Bendahari                               : Puan Siti Afzan Binti Khalik
ICT                                          : En. Jabit bin Sopining
Keselamatan dan                   
Disiplin                                   : Puan Connie ak Achen
Persedaian Peserta                  : En. Rashdi Bin Sapee
Kebersihan dan persediaan Tempat        : Ustaz Awang
LDK dan Aktiviti                   : Puan Siti Afzan Binti Khalik
Hadiah & Sijil                                    : Puan Norliza               
Ajk Makanan/Kenderaan       : Ustazah Zainon Binti Amin
                                     

Lampiran B

Jadual Aktiviti

Masa
Akitviti
Tindakan
0700
Ketibaan di Sekolah

0730 - 0800
Taklimat Guru Bimbingan
GBK
0800-0900
Taklimat Tugas-Tugas Pengawas
Guru Disiplin (Penyelaras)
0900-0930
Minum Pagi
Ajk Makanan
0930-1130
Ceramah kepimpinan
Penceramah Jemputan
1130-1300
Makan Tengahhari
Ajk Makanan
1300 - 1500
LDK 1 / Pengucapan Awam
GBK
Guru Disiplin
AJK Peralatan
AJK Keselamatan dan Disiplin
ICT
1500-1530
Minum Petang
Ajk Makanan
1530-1615
-Penyampaian sijil dan Watikah Kepada Pengawas 2014
-Makan tengah hari
-Bersurai
AJK Kebersihan, hadiah, dan sijil
AJK Makanan
Ajk Keselamatan Dan disiplin
1630
Perjalanan balik ke sekolah


                      
Pelan Tindakan

Tarikh
Aktiviti
Tindakan
05 Januari 2014
Perbincangan dan membuat kertas kerja
Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Penyelaras
07 Januari 2014
Menghantar kertas kerja kepada Guru Peno long Kanan HEM (Penyelaras untuk Disemak)
GBK (setiausaha)
08 Januari 2014
Memurnikan Kertas Kerja.
Menghantar Kertas Kerja Kepada Guru Besar Untuk Kelulusan.
GBK dan Guru Penolong Kanan HEM
09 Januari 2014
Menghantar surat jemputan mesyuarat/taklimat
Setiausaha (GBK)
10 Januari 2014
Mesyuarat Perlantikan Ajk dan Hal-hal Berkaitan.
Penyelaras
Semua AJK
13 Januari 2014
Menghantar dan menerima surat kebenaran ibu bapa
Penyelaras dan Setiausaha
15 Febuari 2014
Persiapan Akhir
Semua Ajk Berkaitan
17 Febuari 2014
Kem Kepimpinan Pengawas
Semua AJK

                                    

No comments :

Post a Comment