Tuesday, February 11, 2014

Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Pengawas 2013


KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013


SK ST MARTIN MERDANG, SAMARAHAN
  
TARIKH

29 Oktober 2012
Masa : 0715 hingga 1230

TEMPAT
Kawasan Sekolah





1.0            Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0            Objektif

2.1            Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:
2.1.1       Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2       Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3       Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4       Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5       meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6       Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7       Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
2.1.8       Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

3.0            Tarikh dilaksanakan
3.1            29 Oktober  2012 (Isnin)

4.0            AJK Pelaksana
4.1            Rujuk Lampiran A

5.0            Tempat
5.1            Kawasan Sekolah

6.0            Aktiviti
6.1            Rujuk Lampiran B

7.0            Anggaran Perbelanjaan
No
Perkara
Anggaran
Jumlah
1.
Makan
Minum Pagi
Makan Tengahari

RM 4 x 59
RM 4 x 59

RM 236.00
RM 236.00

Jumlah Keseluruhan

RM 472.00

Sumber Kewangan
1.     PCG Ko-Kurikulum (Melibatkan Kursus Kepimpinan)

  
8.0            Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru. Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.
Disediakan oleh,

___________________
(JABIT BIN SOPINING)
Setiausaha
Program Kepimpinan 2012
Sk. St Martin
 
Disemak oleh,

___________________
(RASHDI BIN SAPAEE)
Penyelaras,
Program Kepimpinan 2012
Sk. St Martin                                                                                


Diluluskan oleh,

___________________
(RICKY AK GUNDAH)
Guru Besar
Sk. St. Martin, Merdang

 
 

Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi                    : En Ricky Anak Gundah (Guru Besar)
Naib Pengerusi           : 1. Pn. Suraya Binti Abdulah (PK 1)
                                      2. En. Sapri Bin Ali (PK HEM)
  3. Puan Katina Ak Manchal (PK KK)
Penyelaras                  : En. Rahsdi Bin Sapaee
Setiausaha                   : En. Jabit Bin Sopining        
Bendahari                   : Puan Siti Afzan Binti Khalik
ICT                              : 1. En. Dantes Ak Din
                                      2. En. Jabit bin Sopining
Ajk Siaraya                 : Encik Lee Ak Giyang
Keselamatan dan                   
Disiplin                       : 1. Puan Connie ak Achen
                                      2. En. Hamden Bin Glass
Peralatan                     : 1. En. Rashdi Bin Sapee
                                      2. En. Dantes Ak Din
Kebersihan dan                      
Hadiah & Sijil                        : 1. Puan Siti Afzan Binti Khalik
                                      2. En. Kalana Bin Suhaili
Ajk Makanan/Kenderaan                   : Guru Jawatankuasa Disiplin dan Guru Kelas
                                     

Lampiran B

Jadual Aktiviti

Masa
Akitviti
Tindakan
0700
Ketibaan di Sekolah

0800-0830
Taklimat Guru Bimbingan
GBK
0830-0900
Taklimat Tugas-Tugas Pengawas
Guru Disiplin (Penyelaras)
0900-1000
Ceramah kepimpinan
Penceramah Jemputan
1000-1030
LDK 1 / Pengucapan Awam
GBK
Guru Disiplin
AJK Peralatan
AJK Keselamatan dan Disiplin
ICT
1030-1200
-Penyampaian sijil dan Watikah Kepada Pengawas 2013
-Makan tengah hari
-Bersurai
AJK Kebersihan, hadiah, dan sijil
AJK Makanan
Ajk Keselamatan Dan disiplin

                      

Pelan Tindakan

Tarikh
Aktiviti
Tindakan
11 Januari 2012
Menghantar kertas kerja kepada Guru Penolong Kanan HEM (Penyelaras untuk Disemak)
GBK (setiausaha)
12 Januari 2012
Memurnikan Kertas Kerja.
Menghantar Kertas Kerja Kepada Guru Besar Untuk Kelulusan.
GBK dan Guru Penolong Kanan HEM
12 Januari 2012
Menghantar surat jemputan mesyuarat
Setiausaha (GBK)
13 Januari 2012
Mesyuarat Perlantikan Ajk dan Hal-hal Berkaitan.
Penyelaras
Semua AJK
17 Januari 2012
Menghantar dan menerima surat kebenaran ibu bapa
Penyelaras dan Setiausaha
02 Febuari 2012
Persiapan Akhir
Semua Ajk Berkaitan
03 Febuari 2012
Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua serta penolong ketua kelas
Semua AJK

                                    

No comments :

Post a Comment